Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan tepat pukul 10 malam tadi.

Hilang satu lagi khazanah warisan Malaysia hilang dari muka bumi.

Bro doakan tiada penghuni-penghuni yang tengah menghuni penjara pudu ini membuat onar atau mengadakan perhimpunan aman he..23x

Tindakan merobohkan bangunan yang dibina di zaman penjajah British itu amat menyedihkan memandangkan ia mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

A Famosa yang dah roboh sanggup dibina semula, inikan pula salah satu warisan di Kuala Lumpur.

Terasa cam ianya memihak kepada pihak individu yang berkepentingan.

Pe2 pun layan video dari BHarian ini.