April 25, 2024

KCT 1 Milik Datuk K. Bro Pulak..??

Nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K dipaparkan sebagai pemenang bagi bidaan nombor pendaftaranKCT 1.

Nama Datuk K dengan nilai bidaan paling tinggi antara 193 pemenang bidaan bagi pelbagai nombor pendaftaran KCT dengan nilai antara RM300 dan RM23,500.

JPJ menetapkan harga minimum tempahan nombor pendaftaran itu sebanyak RM10,000.

Itu cerita datuk K,

Ini pula cerita pasal Tan Sri Syukri Mohammad Nor (Bro Framestone).

Bro berserta bekas rakan-rakan seoffice bro yang lalu masih belum menerima gaji untuk bulan lepas.

Bro tahu kami di sana hanya kontrak semata-mata. Gaji hanya akan diuruskan bila cukup bulan besertakan dokumen-dokumen tertentu.

Dah namanya kontrak. Gaji kami antara yang terakhir akan diuruskan. Kami tahu aiman x kisah coz aiman xkerja di sana.

So banyak peringkat perlu dilalui sebelum bendahari boleh keluarkan dana dari tabung “bencana” untuk sesuap nasi kami. Aduhai..!!! swasta pun xcam nie syg oiii…

Bro dah masuk minggu ke-4 di company baru sedang menunggu gaji di sini masuk minggu depan.

Dah la dok KL… Duit betul2 nak pakai banyak nie.

Sekarang bro hanya ada rm0.60 je untuk bertahan sampai minggu depan. Mulut pun kena isi. Belum lagi tangki kereta mahupun nak menggunakan tandas awam.

Jika ada yang sudi, sedekah or pinjamkan sikit kewangan kepada tabung bencana bro ek. Pastikan anda bukan Ah Long atau yang menjalankan aktiviti seperti Ah Long. Bro xnak kne tetak mahupun kne simbah cat.

Erm ex-officemate bro siap cadangkan kami makan pasir. Sape lalu makan pasir even dimasak sebagai :-

  • Sup pasir
  • Pasir 3 rasa
  • Pasir BBQ
  • Pasir salai
  • etc… dah xboleh nak fikir dah…

Cam nak withdraw je duit kat nuffy… Alahai Nuffy… bile mahu buffer ek….

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “KCT 1 Milik Datuk K. Bro Pulak..??

  1. ape la nk jd..
    tiap2 ari makan pasiaq…
    sabar la bro… hari itu pasti datang..
    sebagai manusia… kita sayang insan di dunia..
    hanya mampu berdoa mencari ketenangan dan mempermudahkan rezeki satu sama lain…
    amin… amin…. amin….. Ya Robbal Alamin..

  2. adeh..cam ner gtu..sabrlah bro khdupan ni kakang2 benar2 mguji kita kan..huhu..

    nah 1 henggit ;)

    semoga bro akan cpt dpt gji. amin

Leave a Reply to ......Awek Tocang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *