You are here
Home > Al-fatihah Buat Arwah > Al-fatihah Buat Arwah Azaha Rasadi

17,421,256 total views, 3,077 views today

Al-fatihah Buat Arwah Azaha Rasadi

Al-fatihah Buat arwah Noor Azaha Rasadi yang telah kembali ke ramatullah akibat terbabit dengan kemalangan jalan raya pada pukul 1 petang semalam.

Beliau yang merupakan seorang penerbit rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagaikan tahu beliau akan meninggal dunia apabila memilih lagu berjudul Selamat Tinggal sebagai lagu tema penutup rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitannya pagi ini.

Maklumat lanjut :-

Utusan Malaysia

Berita Harian

Bro ingin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah iaitu isteri beliau, Naida Hazni bt. Khalil dan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amirul Hakimi, Muhammad Umar Qhaliff dan Nur Nisrina Nabihah.

Beliau merupakan suami kepada Pn Naida Hazni Khalil iaitu Penolong Pendaftar Kanan di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (Tempat kerje bro yang lama.)

Bro pernah berberapa kali bersembang dengan arwah.

Bro pernah menumpang dengan arwah semasa menghadiri meeting di Bangi.

Bro juga pernah menenami Pn Naida mengambil arwah di RTM.

Semoga arwah ditempatkan dalam golongan hamba allah yang beriman -amin-

Update :-

Kereta arwah

T-T maaf bro xleh nak cakap apa-apa….

Kenderaan yang melanggar kereta arwah. Sikit je remuknya. Masing-masing leh fikirkan cam mana kejadian ini berlaku.

Nie je yang dapat bro kongsikan. Kredit pic to Ondscene.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

6 thoughts on “Al-fatihah Buat Arwah Azaha Rasadi

Leave a Reply

Top