Assalamualaikum wbt

He..23x dah lama bro xberblog yang berkaitan dengan bidang asal bro iaitu Human Resource Management & bukannya Doctor of Love Philosophy [Ph.D].

Entry ini di ilhamkan dari komen bro di blog rakan bro MyJazmanie.

Dalam kekejaman dunia dan kekurangan perluang pekerjaan [even berpuluh2 pameran kerjaya diadakan] ramai yang menganggur.

Sampai bila mahu menganggur ek.

Normal la if graduan menganggur coz bukan senang fresh graduate berperluang berkerjaya.

Tetapi bagaimana pula mereka yang menganggur kerna tidak memenuhi kelayakan yang dikehendaki oleh pasaran kerja ataupun kekurangan company yang ingin hire mereka.

Kerna itu kerjaya sebagai pencuri dipilih.

Tidak kisah dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa. Yang pasti pulangannya mengikut usaha & keinginan mereka untuk berjaya.

Jangan salahkan mereka kerna memilih kerjaya ini. Dunia kejam ini yang mencipta kerjaya untuk mereka. Kata orang la kan. Dimana ada keinginan di situ ada highway.

Jangan pandang rendah pada perkerjaan mereka nie. Silap hari bulan, mereka lagi popular, masuk tv (berita, 999 etc), surat khabar, poster [kalah pilihan raya] dan juga media elektronik [blog etc].

Pencuri zaman sekarang nie, bukan macam pencuri tarbus [dalam cerita P. Ramlee] dulu. Semuanya berpendidikan dan berilmu.

Tak kisah la ilmu betul atau sesat. Sebab pakai ilmu sesat tue la, dorang tersesat masuk rumah orang, tersesat masuk kereta orang, tersesat masuk bank. he…23x Kata orang, malu bertanya sesat jalan. Xkan nak mencuri kne tanya orang kan. Sebab tue la dorg leh tersesat masuk rumah korang.

Alang2 selongkar la rumah korang kot-kot ada peta ke ape ke. Tengok jumpa laptop @ notebook [leh gak godek2 online google map ke ape ke] & handphone [mana tahu ade GPS ke kan he..23x]

Itu belum kira TV, Radio barang kemas etc [apa lagi ek dorang amik ek]

Bagi pencuri yang berilmu.

Ilmu dorang tue boleh diiktiraf sebagai Ph.D , Ijazah mahupun diploma. Cuma MQA & JPA tidak mengiktirafkan je.

Kalau di iktiraf. Sure ramai graduaan boleh bukak perniagaan Syarikat Sapu Habis Sdn Bhd. Nanti mana2 orang kaya yang nak lari dari hutang sure call dorg mintak rompak rumah dorg [ala cam cite Ali Baba Bujang Lapok tue].

Confirm 10tahun lepas tue dapat Tan Sri, Dato’ Seri. Elok gak cam nie, dari golongan yang dok makan rasuah.

Kerjaya sebagai seorang pencuri nie mencabar.

Selain risau ditangkap. Mereka juga di hina di maki di caci oleh masyarakat. Tapi adakah mereka sedar. Tanpa pencuri-pencuri ini, mereka terpaksa bayar zakat harta benda [cam la dorang bayar – xsemua ek], meriak dengan apa yang dorang miliki [dah hilang, masih xsedar diri pun ada juga]

Mereka juga berusaha keras [usaha tangga kejayaan], study & melakar aztion plan sebelum menjalankan kerja. Try & error berulangkali dilakukan supaya kepakaran mereka tidak dimamah oleh masa dan usia. Kepakaran [modus operandi] sentiasa pihak polis ketahui, so kne ada back up modus.

Mereka juga sentiasa bertanya & menuntut pada yang pakar. Tidak pernah derhaka dengan sifu. Cuma terover sikit la kan. Cikgu mana yang xbangga ilmu yang diperturunkan berkembang [asalkan x kaco periuk nasi dia]

Untuk mereka yang ingin menyertai kerjaya ini. Syaratnya:-

  • Warga negara [warga asing, sila sedar diri ek].
  • Sihat tubuh badan.
  • Sukakan cabaran.
  • Boleh berkerja lebih masa terutama time cuti2 perayaan
  • Berkerja ikut shif (mengikut musim)
  • Berpengetahuan dalam ilmu2 tertentu (ukur bahan, elektronik, bisnes etc)

Kelebihan yang akan anda perolehi

  • Bonus Tahunan (time raya, tahun baru, merdeka etc)
  • Bonus prestasi (mengikut kejayaan project)
  • Tidak terikat dengan mana2 pihak (kecuali kes kne lapor diri di balai polis berhampiran setiap minggu)
  • Pampasan diberikan jika ditangkap [tajaan tempat tinggal & makanan mengikut hukuman yang diberikan]
  • Jika bersara atau stop sementara masih boleh berkerja semula.

p/s- Ada sebab kenapa Allah swt menjadikan mereka sebagai pencuri. Supaya mereka boleh menyedarkan manusia-manusia yang tengah lalai dan melupakanNya.