April 25, 2024

Bapa Tiri Cabul, Bapa Kandung Rogol

Petang-petang baru berkesempatan baca surat khabar [itu pun secara online]

Terdetik dihati bro bila melihat institusi kekeluargaan yang di bina musnah atau dikhianati.

Buka-buka je,

Dah cerita pasal bapa tiri cabul, bapa kandung rogol.

Bro xtau mana silapnya. Dasar haruan makan anak betul la. Wat penat je mak ayam bapak ayam bukak bisnes.

Anak sendiri ko jamah ek, xrase pe2 ke jamah darah daging sendiri. Sekadar mencalit darah hitam dalam keterunanmu. Sekali tercalit. Satu keturunan susah nak dibersihkan.

Nak dikahwinkan haram pulak tue. Wat majlis agama islam pening kepala je.

Lepas tue dapat pulak ayah tiri cam nie.

So pesanan bro buat janda-janda yang mempunyai anak diluar sana. Jika hendak mencari tempat bergantung [erti kata lain, suami] pastikan kita tahu perangai dia cam mane. Jangan bernafsu kuat, anak sendiri yang jadi mangsa.

Selak lagi.

Ada juga kaitan dengan institusi kekeluargaan, Dua lelaki tonton aksi gadis dinodai.

Xpelik ke anak dara umur belasan tahun [14 tahun] bebas keluar sampai beberapa pagi baru balik. Ke tiada kawalan dari ibubapa?

Bro yang nakal2 nie pun reti gak malam dok rumah. Paling kuat pun lepak kedai mamak depan rumah je. Perlu ke bebas bergaul malam-malam yang ternyata boleh menyumbangkan diri kearah yang memudaratkan diri.

Ish2… murahannye rasa.

Lelaki, besa la. . pantang je dapat perempuan yang boelh di ngap. Habis dengan kawan-kawan dia ajak.

Selak punya selak lagi.

Nak bukti cinta & kasih sayang.

Perlu ke rakam suma banda tue. If dengan laki sendiri xpe la.

Karang tersebar. Satu dunia tahu kisah korang. Nak saman malu kat sapa. Sampai mati orang xkan lupa. Xkisah la kamu manager ke, agen hartanah ke, pramugara ke mahupun ustazah.

Paling teruk pasal kelemahan institusi kekeluargaan bila si bapa [ketua keluarga] mintak anaknya yang dirogol berkahwin dengan si perogolnya.

suamiku perogolkuAkal letak kat mane.

Sanggup nk cover aib & air muka sendiri dari tanggung dosa di akhir kelak.

Perkara ini nampak macam satu penyelesaian. Cuma tiada penyelesaian dapat diperolehi.

Sekurang-kurangnya boleh memihak pada sebelah pihak.

Anak trauma. Masa depan musnah

Cucu menjadi mangsa. Nafkah tiada.

Menantu menjadi bekas. Hanya layak menjadi hantu nafsu. Tiada tanggungjawab kecuali terikut bisikan syaitan.

Oh dunia penuh dengan derita, ada suka ada juga dukanya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Bapa Tiri Cabul, Bapa Kandung Rogol

    1. mungkin juga…

      tpbro lebih berminat dengan isi dalamnya… itu saje… oh dunia…

      pe2 pun cover nk gempak

    1. oh boleh pulak longgar2 ek… klu jadi adik or anak bro.. jgn harap ade kelonggaran kecuali kuar dgn hubby he..23x

      skrg nie orang mne kisah… nenek punleh jd mangsa

    2. ala sian die kne marah ek…

      xpernah kene marah.. coz bro mmg dari kecik xdok rumah

      dari hostel ke rumah sewa…

      zaman u pun bro malam ade je kat rumah.. xpunkat masjid atau program u.. itu je la…

  1. salam..
    letih..semak rasanya baca artikel sebegini..agaknya sb tulah bumi ni makin panas dan membahabg sahaja..

    Ya Allah selamtkanlah kami..huhuhu

  2. adoiii .. sakitnya masyarakat kita sekarang ..
    kemajuan tak diseimbangkan dengan pembangunan sahsiah maka kita menjadi orang-orang yang materialistik dan sekular :p

  3. manifestasi kejatuhan sistem sosial yang diamalkan..semua anggota masyarakat ada peranan masing-masing, bila ada kurang mainkan peranan, memang runtuhlah..eh macam pakar sosiologi la pulak rasanya…hehehe, bro nakal bertempat je kans :D

  4. antara punca utama, nak kahwin kat Msia ni rasa macam berat sangat, busuk2 pun kena ada RM20k, macamanala nak anak2 muda yg dah naik nafsu dizaman ‘aksi 3gp melayu’ ni nak kahwin?..kena rombak balik bab ni dan resolusikan sesuatu.

Leave a Reply to matjoe Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *