April 25, 2024

Tazkirah | Tamak Dalam Beribadah

Tidak salah menguTAMAKan ibadah berbanding hal-hal duniawi

Tamak dalam beribadah??

Tidak salah tamak dalam beribadah..

Asalkan ianya memberi kebaikan kepada diri anda, keluarga, masyarakat & agama.

Cuma ada sesetengah pihak menguTAMAKan ibadah sehingga mereka lupa ibadah mereka hanya untuk dirinya dan sedikit pun tidak kepada orang sekelilingnya. Maka amalan mereka sedikit pun tidak diterima.

Ops,

Jangan terkedu pulak ek. Meh bro terangkan…

Tak salah beribadah tetapi jangan terlalu tamak sehingga orang keliling diabaikan. Xsalah masuk syurga sama-sama, Insya’lah masih muat walaupun seketurunan memenuhinya. Maksud bro disini adalah:-

  • Sembahyang sorang sedangkan mampu berjemaah
  • Membelakangi Imam sedangkan boleh berimam
  • Menunjuk-nunjuk amalannya tanpa wujud keikhlasan
  • Menjaja agama sedangkan sedikit pun tidak mengamalnya
  • Bermuka-muka dalam beramalan
  • Berdoa untuk diri sendiri tetapi bukan untuk orang lain mahupun untuk saudara seagama.
  • etc…..

Kalau ikutkan banyak yang boleh membawa kepada kemudaratan jika disalah amalkan.

Bro ingin menyentuh isu terakhir, iaitu berdoa

Mendoakan kesejahteraan orang lain merupakan salah satu amalan yang acap kali kita lupakan. Baru beramal sikit, dah doakan yang tidak baik untuk orang lain [Insya’lah bro huraikan di tazkirah lain, jika ada permintaan]

Kalau boleh dalam berdoa selitkan sekali :-

  • Doa kepada kedua ibubapa kita
  • Doa kepada pendidik kita [cikgu, ustaz, pensyarah mahupun tenaga pengajar sekolah memandu -baru berkat ilmu]
  • keluarga kita [zuriat + saudara mara + keturunan diatas mu]
  • saudara seagama
  • pemimpin-pemimpin mu
  • masyarakat sekeliling mu [baru aman hidup dalam masyarakat]

Bayangkan berapa banyak pahala yang anda miliki dari doa kepada setiap insan. Insya’lah mereka juga akan mendoakan untuk mu.

Bayangkan kalau semua melaknat anda..??

Sekadar rapu-rapan di selitkan untuk tazkirah hari ini

Bro : Doakan la anak mak dapat penuh kauta
Mak: Sorang pun xlepas, ada hati nak penuh

Bro : Doa biarlah lebih, sekurang-kurangnya tak dapat 4 leh dapat 3, tak dapat 3 leh dapat 2 tak dapat 2, satu pun jadi lah. Harap adalah. Xsalah doa mintak lebih, mana tahu diluluskan ke

Doa yang paling afdal adalah doa dari ibunya kepada anaknya. Jangan gatai2 nak derhaka

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Tazkirah | Tamak Dalam Beribadah

    1. ops he..23x

      b4 kahwin la pasang niat… (niat elok baru dpat pahala-even xlaksanakan). if doa biar la lebih, if dapat kurang pun ok dari xdapatkan..

      nnt dah kahwen n dah tahu kemampuan, time tue la baru fikir mampu ke x he..23x

    1. doa emak membawa ke syurga… he..23x

      harap maklum… plz take note ek.. nnt senang…

  1. salam bro…hrp2 sihat la yea,,
    terima kasih atas entri yg sgt bermanfaat..sbg ingatan bersama…walaupun terselit jg merapu tu…hehee

    1. w’salam izzan… alhamdulillah sihat

      ops besa la.. susah la if xde rapu rapan nie huhuhu… cam xberseri blog bro

  2. doa senjata utama mukmin..selalu doa untuk kebaikan semua pihak…nanti bro tolong doakan aku sekali ek hehe

    1. If mu termasuk didalam rakan-rakan ku atau saudara seislam ku.. secara automatik dirimu akan ku doakan -amin-

      yang penting doa-doakan yang baik.. bukan cam ade sesetengah ahli politik yang suka mendoakan sesuatu yang tidak baik untuk orang lain..

  3. terima kasih bro..
    biarlah ibadat yang kita lakukan ikhlas..
    doa juga hendaklah ikhlas kepada Allah barulah akan dapat dimakbulkan..

    1. sama-sama….

      yup betul tue.. kne ikhlas… if xikhlas.. cam mana doa tue nk dimakbulkan.. bukan untuk org lain.. untuk diri kita juga..

      if berminat dengan tazkirah bro.. boleh dtg ke blog bro setiap hari jumaat [belah pagi je, petang dah kuar entry lain]

Leave a Reply to Nazz@Purple Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *