You are here
Home > Uncategorized > Kenangan BroFramestone Bersama RTM

17,442,222 total views, 1,433 views today

Kenangan BroFramestone Bersama RTM

RTM – Rencah Time Membesar
Assalamualaikum wbt & salam 1Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, bro berasal dari keluarga yang agak susah dulu. Maklumat terkini mahupun semasa kurang mudah diperolehi. (Dulu mana ada Streamyx, WiFi, Berukban (Broadband) etc.

Hanya harapkan berita Dunia Jam 10 (Sekarang dah jadi Jam 12)

[Nak harapkan paper, nak ke pekan kena jalan kaki. Harapkan apek jual paper, tunggu hari Ahad baru nampak muka akhbar.]

Teringat lawak zaman hingusan dulu

“Dalam banyak-banyak dunia, dunia apa ada 2 orang sahaja”

Jawapannya Dunia Jam 10

Bro kecik-kecik dulu [belum masuk sekolah lagi], terlalu fanatik dengan cerita Transformers [bro lupa versi yang mana satu] – harap hujung minggu baru dapat tengok tv [coz time nie ayah baru ada kat rumah, besalah kerja kapal korek, seminggu sekali saja balik].

Bela sudah bersekolah, bro sanggup dari sekolah agama di Selangor, kayuh basikal balik rumah di Perak. Semata-mata tak nak ketinggalan cerita :-

  • Suria Perkasa Hitam
  • Gaban (nama penuh cerita tak tahu)
  • Flashman
  • Maskman

Dan semua cerita ini hanya ada pada hari Khamis & Jumaat sahaja [masa ini tempoh bro boleh layan tv adalah Khamis hingga Ahad (itu pun tengok curi-curi)]

Bila zaman Doraemon bermula di tv1,

Ini merupakan zaman bro dizalimi oleh ayah bro [masa ini, ayah bro dah tukar kerja, maka tiap malam kena mengaji dengan dia]

Asal hari Sabtu, confirm pukul 8 baru dapat habis mengaji. Pernah sekali bro menangis ayah bro buat bro cam tue. Sian bro.

Dan akhirnya, bro sampai sekarang dok tengok cerita kartun walaupun kekadang ayah bro perli-perli bro “Ada ke dah besar panjang, dok tengok cerita kartun & gelak kuat-kuat”

Nasib la kan.

Beli masuk ke asrama, TV2 pula menjadi pilihan bro dan warga Asrama Pusat SMK Anderson, Ipoh.

Tidak kisah form 1 ke atau form 5 (termasuk abang-abng form 6) pasti mengerumuni bilik tv semata-mata nak tengok cerita Dragon Ball (ala tagline dia “Sebenarnya…. Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya) & juga Beast Wars.

Selamat masa itu dapat kapten asrama yang sekepala. Hujung minggu pasti inspection habis awal untuk memastikan beliau, beliau & beliau (termasuk kekami) dapat menontong cerita ini.

Bila bro berlajar di U, bro menyewa rumah bersama abang-abang senior.

Zaman ini, Gundam Seed menjadi pujaan bro. Belum lagi cerita power ranger yang banyak bro termiss selama ini, Tau-tau dah generasi ke-13. Cepat masa berlalu. Tahu-tahu Tommy muncul kembali.

Bila di zaman berkerjaya ini,

Drama-drama di TV1 pada setiap hari Sabtu menjadi santapan.

Korang nak tahu kenapa..??

Ini kerana ianya salah satu modal untuk memancing hati mertua bro. Asal dia tanya apa-apa Drama TV1, bro boleh bercerita panjang lebar he..23x [ops, terbocor tips]

Apa-apa pun, moga Allah swt memanjang usia Mak Mertuaku -amin- [ayat bodek mertua]

Dan sepanjang bro bersama RTM,

Tidak lekang cerita Hal Ehwal Islam, National Geography & The X-File dalam jadual rancangan keluarga bro.

Rasa berbaloi buat bro diterapkan cerita-cerita begini yang mampu membina bro menjadi insan seperti ini (menjadi gak bro nie ek).

Paling tidak dilupakn rancangan-rancnagan dalam tv pendidikan yang disajikan kepada bro semasa berumur 4tahun, Alhamdulillah berkat duduk depan tv, bro dah khatam matematik tingkatan 3 pada umur 4 tahun.

Tetapi tiada yang menganggap bro nie budak genius.

Baru nak tunjuk pandai, dah kena rotan dengan cikgu. Sampai sekarang bro anti dengan cikgu yang perasan bagus. Kami datang sekolah nak jadi pandai, bukan nak ditengking atau dimarahi atas kebijaksanaan kami.

Tertiba teringat adik bro yang terlebih bijak sehingga satu hostel blackout. Alhamdulillah beliau mendapat 10A dalam SPM pada umur baru masuk 17tahun kemudian sambung degree terus.

Sempena Ulang Tahun RTM Ke-64, dilangsungkan program Sorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Generasiku yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dua hari berturut-turut pada 3 dan 4 April 2010 seawal 8.00 pagi bertempat di perkarangan Kompleks Angkasapuri, Kuala Lumpur. Jom pergi ramai-ramai!”

Jangan tanya kenapa bro hanya cerita pasal rancangan tv je. Coz family bro dari dulu tak mendengar Radio (trauma turun menurun takut kena pancung kepala sama nippon he..23x – tolonglah percaya)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Kenangan BroFramestone Bersama RTM

    1. he…23x channel orang tue ek.. xpe2 bro sedar bro dah tua.. lagipun bro membesar dgn sairan dorg…

      xlayan RTM cam mne nk tackle hati mak mertua kan

    1. sama2 jard… mne de lawak pun.. sama je seperti mana entry2 yang biasa bro buat huhuhu

      result kuar bile nie…

    1. he…23x mmg seronok dengar pepatah dorg…

      last2 jadinya pulak karam sigh he..23x lepas tue kuar david teoh

    1. he..23x yes ada geng jugak…

      best kan transformer zaman kecik2 dulu dari yg skrg nie huhuhu….

      tp tue la.. doraemon asik miss je tiap2 minggu…

  1. itulah hasil didikan n bimbingan ibu bapa kan…takkan terbalas semuanya…tahniah bro! :))

    suka tgk kesatria baja hitam…heeee

    1. he..23x bro xpergi… bro lambat tahu pasal maklumat mengenai program ini..

      dok bz dgn kerja je lately…

      p/s- entry ini khas untuk contest Jard

  2. suka dengan siaran rtm.lebih lagi siaran langsung tentang agama, bola…isu parlimen..semunya mdpt sambutan yang menghangatkan 😉

    ho..bro asalnya org ipoh..bru le teman tau..

  3. salam..

    rtm memang best
    aku dri kecik memang follow pun cuma now je dah lama tak tengok tv

    paling best beriat dunia kul 11 sebab bial nak abis diorng akan bagikata2 hikmah..

    penyampai paling aku suka farith ismeth amir(betul ke ejaan tu?)

Leave a Reply

Top