You are here
Home > Uncategorized > “Kehangatan” Malaysian Grand Prix

17,452,701 total views, 5,170 views today

“Kehangatan” Malaysian Grand Prix

Kehangatan Kedinginan Malaysia Grand Prix mula terasa.

Cam mana nak rasa hangat if hujan, hujan dan hujan. Mahu terketar2 orang tengok.

Sebab tue bro lebih suka menonton di rumah dari pergi ke litar. Jimat duit, tenaga & masa.

Hujan lebat yang melanda litar menyebabkan beberapa pasukan mahupun pemandu berada dalam keadaan resah.

Lagi-lagilah keadaan litar yang di tengelami air dan beberapa bahagian basah & sebahagiannya kering [pertanda nak kiamat la tue. Hujan satu part je & lagi satu part panas]

Di sini terdapat 3 jentera yang ditaja oleh syarikat & badan yang datang dari Malaysia

Mercedes GP Petronas

Buat masa sekarang belum ada apa-apa keuntungan mahupun win-win situation yang dapat kita lihat.

Mungkin masih terlalu awal, berbanding semasa Petronas berkerjasama dengan BMW Sauber yang ternyata menarik perluang Anak muda malaysia menyertai BMW series.

Hope yang terbaik buat petronas.

Dan buktikan anda tidak sia-sia menolak pelawaan Tony Fernandes untuk menyokongnya pada jentera Lotus.

Williams [bukan uncle william ek kawan-kawan]

Masih mendapat tajaan dari Air Asia. Salah satu perluang yang digunakan oleh Tony Fernandes untuk menguasai industri pemotoran dalam meluaskan penguasaan Air Asia sebagai perkhidmatan tambang murah ke seluruh Negara.

Betul-betul win-win situation.

Kalau tidak, masakan dia mahu membeli pasukan bola sepak Eropah mahupun menaja pasukan bola sepak Amerika ddi lembah silikon.

Bijak-bijak.

Lotus F1 [1Malaysia entah kemana dah, nampak sangat nak bagi lepas proposal je nie]

Lotus merupakan satu-satunya pasukan yang berpengkalan di Malaysia. Diketuai oleh Tony Fernandes [if bertahan lame pasukan nie, mahu Tony boleh jadi pengerusi FIA la ek]

Alhamdulillah, dari kerjasama ini. Ada juga ternampak win-win situation. Teknologi Lotus dapat diguna pakai dalam meningkatkan kualiti & produktiviti kereta pengeluaran kita iaitu Proton (hope power window xde la dok rosak je ek).

Naza Group juga mengunakan perluang ini untuk berada di atas [Produa xde ek he..23x xperlu la, karang ada pulak kereta F1 yang comey cute je]

Peluang ini juga diguna pakai untuk pemandu F1 ke-2 kita iaitu Fairuz Fauzi yang berjaya menamatkan sesi latihan bebas no-3 dari belakang. [sedangkan masa mula-mula sesi latihan pada awal tahun dia menduduki kelompok 10 kereta yang di test untuk melayakan diri memiliki lesen Super]

Antara lain sponsor dari Malaysia untuk team ini, Maxis & Tune Group [Masih Tony Pernandes punya he..23x bijak-bijak]

Sesi Kelayakan semalam membuktikan kedingan musim lalu [tahun lepas race terpaksa stop sebab hujan lebat & suasana terlalu gelap untuk meneruskan perlumbaan] akan menyerlahkan keharngatannya.

2 antara gergasi F1 iaitu McLaren & Ferrari akan memulakan perlumbaan bersama kelompok belakang di mana mereka terdiri dari 3orang juara dunia.

Antara pasukan yang menguasai 10 petak hadapan:-

RBR [Red Bull Racing]-Renault

Mereka berjaya menguasi ke 3-3 petak hadapan sepajang musim ini, moga nasib mereka kali ini menyebelahi mereka kerana 2x gagal mendapat kedudukan yang menarik atas masalah teknikal walupun permulaan yang menarik.

Di kuasai engine Renault mereka mampu memberi cabaran kepada pasukan yang mempunyai engine terbaik. Cuba bagi engine Ferrari ke Mercedes ke. Mahu ternganga pasukan lain.

Yup ini team favorite bro dari dulu kini, kemudian xtau lagi kan.

Force India-Mercedes

Pasukan yang berpengkalan di India dan ditajai oleh jutawan India, Vijay Mallya menampakan penguasaan tahun ini apabila mula mendapat mata demi mata dalam setiap perlumbaan.

Tak sia-sia usaha 3 tahun mereka dapat menundukan penguasaan BMW Sauber & Williams yang selama ini gah.

Williams

Mereka merupakan team ke-3 yang berjaya menempatkan ke 2-2 pemandu mereka dalam kelompok 10 hadapan.

Masih setia bersama Cosworth dan menyatakan engine ini mampu memberi mata buat mereka sebagai senior di antara pasukan-pasukan yang mengunakan engine Cosworth.

Memang tahun ini memberi kelainan kepada dunia pemotoran dunia.

Maaf jika ruangan komen diletak iklan Petronas [coz bro nak menyokong aktiviti mereka sepanjang Grand Prix berlangsung, habis nanti bro cabut la iklan tue]

Bagi mereka yang ingin mengiklan di blog bro. Boleh hubungi bro. kat ruangan komen nie pun boleh

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on ““Kehangatan” Malaysian Grand Prix

    1. tang tue xdapat nak nolong la…

      engine cosworth yang lotus pakai pun kekadang hadapai masalah teknikal gak he..23x

      ish Naza xde kaitan pun dgn enjin ke ape.. die sekadar penaja kot.. coz buh pun nama Naza Group

  1. Vic tengok juga F1 semalam, tapi sekadar di television. Penganjuran memang sangat memuaskan namun satu perkara yang vic agak kecewa – budaya pancutkan arak bila menang kenapa di bawa sekali ke negara kita? Ini Malaysia… Malaysia negara Islam, seluruh dunia tahu. Bayangkanlah kalau yang menang tu pelumba kita, orang Melayu Islam…. nak pancutkan arak juga ke? Vic tgk Dato’ Najib laju2 balik sebelum mereka pancutkan arak… jadi takkan semua orang nak jawab “NO COMMENT” kot?

    1. he..23x culture malaysia cam tue la.. pe orang buat itu yg nk diikutnya.

      melainkan kalau kita betul2 berkeras

    1. he..23x sekali sekala sekalu perlu gak entry yang berinfo… he..23x

      dunia f1 nie penuh dengan perniagaan dan investment… bukan sekadar minat sahaja.. untung boleh berjuta-juta rugi pun boleh berjuta-juta..

      ada duit & sponsor baru la si pemandu dapat jual diri kat mane2 pasukan…

      if dasyat memandu..tp gagal dapat point mahu xjatuh air muka & krebility kerjaya…

      cara yang terbaik.. elok tarik diri

    1. malaysia..?? Lotus ke..??

      oh cam besa la.. masih mencari rentak… ada permandu terbaik.. tetapi jentera maih tidak mampu dipertaruhkan…

      maybe tahun ini sekdar tahun menuntut ilmu

Leave a Reply

Top