Amboi korang… Pantang diberi perluang.. Nak aje kalahkan bro ek.. Xpe-xpe

Ini serangan balas dari BroFramestone & Khaizarien pulak. Confirm xkan vagi korang menang punya la.

Nama Pasangan

Khaizarin Akhmar (The one & only Khaizarin Akhmar di Malaysia). Di blog bro selalu bahasakannya sebagai “si dia bro”

Detik mula berkenalan

Dia kenal bro dah lama, coz tiap kali kakak-kakak dia (termasuk kawan-kawan kakak dia) selalu lepak rumah dia & dok memperkatakan pasal bro. [popular gak bro dulu ek]

Tapi time nie bro masih tidak mengenali siapa si dia.

Bro mula kenal si dia semasa berada di Lower Six [kami satu kelas 6RS1 yang seramai 140++ orang (ramai tue)]

Untuk pengetahuan korang, sekolah bro sekolah lelaki, cuma form 6 je ade perempuan. Nak di jadikan cerita, rakan2 sekelah bro (budak hostel yang seramai 15++orang) mula bertaruh, start dari1st day kelas, kami di larang menegur mana2 perempuan sehingga salah sorang dari kami ditegur dahulu oleh mereka.

Time nie, dorang dah aim bro yang akan di tegur dulu (bro bukan jiwang tau) Time nie bro xamik poret sangat coz tengah bersiap sedia utnuk satu kejohanan.

Next week after pendaftaran form 6, bro baru muncul di kelas selepas pulang dari Kejohanan Memanah Sirkit Remaja Kebangsaan di Kedah.

Bro baru je nak duduk [time nie tengah mood malas nak berlajar]

Tertiba ada yang bertanya,

“Awak Syukri kan..?”

“Ye saya”

“Kak Sya mintak saya sampaikan salam dari dia”

Time tue bro dah terkedu. Rakan2 lain pun senyap seribu bahasa, terasa cam cengkerik menyanyi-nyanyi mendendangkan lagu yang mereka trti nyanyi [karang aku goreng sekor-sekor nanti]

Suasana kelas mula berubah, sayup-sayup kedengaran

“Kan aku dah agak dah, playboy kita nie pasti orang pertama, baru masuk kelas je dah kena tegur”

“Hahahahahhah” gelak sabung menyabung berkumandan menandakan perjanjian telah termeterai & masing2 boleh mengorak langkah mengusha awek2 yang ada di dalam kelas itu.

Ops itu baru detik2 perkenalan la… Xhabis lagi nie.

Ish korang nie…

Detik Di lamar

BroFramestone & Khaizarien STPMSehari selepas exam terakhir STPM paper Physic.

Bro pun ingat-ingat lupa apa yang terjadi. Yang pasti bro cakap kat Girlfriend bro (Dah Ex & jd isteri orang dah) yang bro nak lepak2 dengan budak2 kelas sains. Nak mamam pizza reramai.

Nak dijadikan cerita, bro mengajak si dia bro (time nie kawan baik je, xlebih-lebih lagi) join sama lepak kat Jusco, Ipoh.

Plan nak tengok wayang, tapi baru lepas beberapa hari bro selesai tengok wayang dengan si dia lepas tension menjawab paper Pure Math & balik asrama pun time dah malam-malam dah.

Kat Jusco, kami lepak berdua & banyak mencaritakan hala tuju kami selepas nie. Coz lepas nie bro dah xdok Ipoh dah. So maybe kami susah nak bertemu. Maybe ini kali terakhir kami leh berborak cam nie. Zaman nie nak beli hp xmampu lagi.

Then bro ajak si dia join makan pizza sesama dengan skandal-skandal bro (dah kahwin & yang lain bro xtau).

Memalam baru balik, bro lepak berdua je dengan dia. Mak si dia bro dah banyak kali call awat xbalik lagi nie & bro pulak yang terpaksa menipu cakap tengah itu ini [time nie bro dah rapat dah dengan mak dia]

Time die nak hantar bro ke asrama (dah malam dah nie), kami berdua-duaan dalam kereta (xde wat benda xelok tau)

Terungkap dari mulut si dia

“Boleh aku pegang tangan kau”

Full Stop!!!! sampai itu je la… amboi korang..!!! Ini bukan aksarakeraian

5 perkara yang pasangan anda ada dan orang lain tiada

  1. Pandai masak, coz dari kecik di ajar memasak oleh Nenek dia & dari kecik selalu mewakili diri dalam pertandingan memasak. Kat U pun selalu buat jualan hasil yang dia masak
  2. Suka drive & bro xsuka drive. If jalan jauh bro suka tido zzZZzzZz
  3. Nampak je dia nie garang tapi hati ada taman.
  4. Suka lawan makan dengan bro, Tue pasal bro pun dah bulat 48kg –> 70++kg
  5. Sudi menjaga bro yang OKU ini.

If korang rasa korang tue nak istihar perang keatas BroFramestone & Khaizarien dan pasangan-pasangan yang lain. Sila Klik Banner cute di bawah ini.

Bro rasa sampai sini je la. Ke korang nak bro wat slogan.

Ok la, bro wat ek

BroFramestone & Khaizarien merupakan insan yang dipertemukan olehMu dengan di iringi dugaan & cubaan dariMu mengikut fidrah yang telah ditetapkan olehMu (tidak lebih 50 patah perkataan) Dan korang, korang & korang tidak boleh mengalahkan pasangan BroFramestone & Khaizarien.

Dengan ini BroFramestone & Khaizarien ingin mengistiharkan perang ke atas pasangan korang, korang & korang. Undilah mereka kalau korang kasihani mereka.

Update terbaru :-

Tempoh contest akan dipanjang selama seminggu lagi. Schedule terbaru

Tarikh mencabar :- 12 – 31 March 2010 (pukul 8 malam)
Tarikh mengundi : -01 – 03 April 2010 (pukul 12 tengah malam)
Pemenang :- 5 April 2010

If xjoin, cepat la join ek… masih ada masa.. Sila sebarkan pasal contest ini. Harap maklum

***************************************

Update terbaru :-

Entry dari Si Dia Bro…..