You are here
Home > Uncategorized > I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

17,437,606 total views, 1,461 views today

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Bro Framestone is going to the Gatsby Deodorant Street Fair [confirmed]

Bro dah dapat jemputan ke Gatsby Deodorant Street Fair

Gatsby Deodorant Street Fair merupakan program komuniti Nuffnang yang terbesar di Malaysia di mana bro menjangkakan lebih daripada 500 orang penulis blog bakal berkumpul dan berada disana.

Maklumat Event

Gatsby Deodorant Street Fair
17 April 2010 (Sabtu)
10 pagi hingga 5 petang
Ruang Legar, Ground Floor Berjaya Time Square, Kuala Lumpur

Bagi yang tidak tahu, boleh usha pada map ini

Panduan ke Berjaya Times Square:-

Ada banyak cara untuk korang datang ke sini

  • Monorail – Turun kat Stesyen Imbi (betul-betul melekat dengan Times Square
  • LRT – Turun kat Stesyen Hang Tuah, then naik monorail (kat sebelah je) if xkisah berjemur berpanas, leh je jalan kaki ke Times Square (dekat je)
  • Turun di Pudu Raya (bagi mereka yang jauh merantau) – boleh naik Rapid KL, Teksi or Jalan kaki je (15minit perjalanan ikut short cut)
  • Rapid KL – make sure bas lalu Times Square dan bukannya One Utama, Sunway Pyramid mahupun Genting
  • Teksi – mintak drop kat Times Square (pastikan harga yang dorg berikan berbaloi, jangan mintak dorg pakai meter terutama time pick hour)
  • KLIA – bagi mereka yang dari Sabah & Sarawak, turun terminal cari la bas or KLIA Express menghala ke KL Sentral, Then amik monorail.

Apa yang menarik..??

Beberapa booth akan dibuka, dari booth jualan sampai ke booth permainan. So simpan la duit if nak beli apa2 nanti. Yang pasti Bro antara 400 Blogger akan memeriahkan program ini.

Bro mungkin akan bertanding untuk beberapa aktiviti [ops..!! bro kena jog hari-hari bagi ada stamina & doakan bro dapat hadiah (ke-3 pun ok la kan)]

Ada beberapa aktiviti dan permainan ‘street fair‘ akan bro [korang pun leh join] sertai, antaranya :-

  1. Membaling getah
  2. Gusti sumo dalam beg udara
  3. Lari bawak anak dara oarang [bro bayangkan je]
  4. Mengelak balingan pinggan ala UFO [bro bayangkan je]
  5. Cari no tepon awek dalam tepung [bro bayangkan je]
  6. Cafe world ala Facebook [bro bayangkan je]
  7. Mafia Wars [bro bayangkan je]

Yang pasti semua aktiviti agak melucukan & mungkin akan membuat anda ketawa [tolong bawak kamera + video recorder untukmeracam aksi-aksi tersebut (kalau leh rakam aksi bro ek)]

Selain itu, Bro serta semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah.

Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah:-
– barangan elekteronik
– komputer [bro nak sony vios],
– telefon bimbit [iPhone pun ok]
– baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!
– Pakej perkahwinan [bro saje tambah]
– Hamper Gatsby [yang ini confirm ada, jangan risau]
– Pakej melancong untuk 2 orang [bro saje tambah]
– Ferrari @ BMW [bro saje tambah tp nak je kalau ada]

Menarik x..??

Ala jangan la jeles dengan bro berserta 399 bloggers yang bertuah.

Pe2 pun bro berbaik hati untuk memberitahu anda. Masih terdapat 2 tiket & hadiah lain untuk dimenengi sebelum event ini.

Jika berminat untuk memiliki tiket ini ada layari 2 Tiket @ Gatsby Street Fair. Ada beberapa game untuk anda tempuhi dan mendapat mata terbaik setiap minggu untuk memenangi hadiah.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.gatsby.com.my/streetfair.

Antara rakan-rakan bloggers bro yang akan terlibat:-
Eikichi Onizuka aka Great Teacher Onizuka.
Penyu Biru.




Sila inform bro jika anda terlibat (nanti leh roger sesama)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

    1. Ok.. harap dapat jumpa la ek.. bro ahad bro ade kat KL…

      sabtu pagi gerak dari Perak ke Pahang

    1. xde kreatif mane pun…mne yang terlintas itu yg ku taip huhuhu…

      yang ku benar2 nantikan ialah cabutan bertuah tue.. hope mengena.. mne tahu dapat iPhone ke Notebook ke

    1. yup ini la project sulit nuffnang..

      yup bro dah dapat join huhu… isnya’lah bro akan lupakan kamu pada hari itu coz nk fokus pada event yg berlansung..

      pe2 info bro update kat blog ek

    1. bro kaki memang panjang sikit.. dah lame xberjalan katekan huhuhu

      xperlu la cemburu suri.. pe2 bro dapat bro selalu citkan dgn rakan-rakan.. bg mereka sendiri pun terase seperti berada di tempat kejadian huhu

Leave a Reply

Top