April 20, 2024

The Big Loser


Kita dilahirkan sebagai seorang juara. Sesiapa pun mampu nak menjadi winner, tiada sesiapa pun layak menjadi loser if mereka kalah. Mereka hanya kurang bernasib baik

So, who’s the Loser..??

Loser adalah mereka yang awal2 sudah mengaku kalah sebelum mencubanya.

Adakah anda salah seorang dari mereka yang layak digelar sebagai loser or Big L..?? Sedangkan anda sendiri bersusah payah berenang & beusaha untuk terus melakukan persenyawaan, memastikan zuriat keturunan dapat diteruskan.

Dalam percintaan atau mencari Mr & Miss Right (Left xde pulak orang nak cari) pasti kita ditemukan dan dipisahkan, ditembungkan dan dilencongkan atau dipermudahkan dan disukarkan.

Ini semua kuasa yang Esa. Cuma ianya bergantung dengan usaha & tawakal. Bukannya memaki hamun manusia yang tidak dapat memenuhi kehendak dirimu, bukan menyalahkan takdir dipertemukan dengan orang yang salah.

Tetapi ramai di antara kita suka berlaku begitu tika dikecewakan (cuma segelitir sahaja yang sanggup menerima Qada & Qada’ Illahi) terlalu mengikut emmarah dan hasutan Syaitan.

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Lirik penuh lagu ini.

Bro suka lagu ini.

Jika kita tidak berusaha atau stop mencari, mungkin kita akan terlepas seseorang yang terbaik untuk diri kita.

Bro spend lebih 17 tahun mencari seseorang yang terbaik dalam hidup bro.

Dalam pencarian, ada kalanya bro tersadung kaki sendiri. Ada yang terjilat ludah sendiri. Ada yang terikut-ikut ego dan jiwa muda rumaja. Ada kalanya, niat ikhlas menjadi niat belandaskan highway ke neraka (niat kerana nafsu la).

Cuma 7 tahun terakhir, bro dipertemukan dengan si dia. Dalam tempoh 7 tahun bro diperkenalkan dipertemukan dengan insan2 lain (bunyi cam ramai je). Ada yang layak menerima cinta bro, ada juga yang menyalahkan gunakan bro untuk dicintai.

p/s- Tidak semestinya yang terbaik adalah mereka yang berani propose diri kita atau yang berada di hadapan kita.

***************************************

Insya’lah dalam masa terdekat bro akan wat entry pasal skandal (Ladynass yang suruh bro bukak topic)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “The Big Loser

  1. berpantang maut sebelum ajal.. erk..?? :P jgn mudah mengalah..

    peh… ops bro lupe nk mention entry ini ade kaitan dengan ape yg bro komen kat blog sumi huhu

    yup berpantang tue biar la betul2… karang langgar pantang cam mne pulak…. so sumi jgn la jd loser… jd org yang xbernasib baik xpe… sekurang2nya kita mencuba kan

  2. ada ke yg menyalahgunakan bro? hehehehe

    ade je.. time sunyi cari bro.. time happy.. sikit pun xlayan bro he…23x ingat bro nie tempat layan kesunyian ke he..23x

  3. bukan senang nak pilih pasangan hidupkan.

    yup bukan senang… so teruskan mencari dan mencari.. jgn stop.. sure yang kiat akan terlepas org yg terbaik untuk diri kita

  4. skandal lak..heheh..betul tu..kekngkadang dia sebenarnya ada dpn mata kita x nmpk..

    he..23x yg skandal tue nnt2 la bro wat ek huhuhu……

    yup mmg kekdang ade depan mata kita.. cuma kita je xnampak or wat2 xnmpk… dh melepas baru nyesal he..23x

  5. lagu tu wat atie berfikir dan terus berfikir tentang apa yg di perlukan sehingga mendaoat jawapan walaupun ianya masih samar2 lagi….

    ujian bukan wat kite derita tetapi ujian lah yg membawa bahgia pada diri kita

  6. oh, gua enggak mau menjadi loser. haha…
    ujian membawa bhgia pd dri kite?
    hm..cmne tu?hoooho…

    mungkin maksudnya lepas kita dpt rintangi satu ujian, ada satu hikmah di sebalik ujian tu?
    mungkin leh jadi…hehe

  7. Ayat last tu wat saye tersentak sbb sy sdg mngalaminya.. Hmmmm.. Mgkinkah pemikiran sy menipu saye dn percaturan sy silap.. Susah nk tentukan.. Haih.. Thanx bro for the entry.. :)

    alamak… ayat last mane yang wat kamu tersentak tue huhhu…. ape yg kamu alami skrg ek huhuhu

Leave a Reply to aisumichan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *