Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia

Kata orang,

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

maksudnya : sikit-sikit kita kumpul, lama-lama bertimbun gak cam bukit

(sesuai untuk aktiviti menabung & bukan kumpul isteri ye kawan-kawan [kumpul bala boleh kot])

Entry ini di inspirasikan oleh MyJazmanie.

Kita dari kecik sudah di ajar dengan budaya menabung. Kalau x xde la Arab Malaya Bank datang sekolah bawak tabung Unta or Bank Simpanan Nasional datang tiap2 bulan kira duit korang.

Masa zaman kecik-kecik dulu, bro hanya bertemankan tabung buluh (wat sendiri tau) tapi xpernah pernuh pun.. Paling banyak pun RM1.20 je.

Zaman bro dulu, family susah. Ayah koje Kapal (kapal korek je.. berapa sangat la gajinya-jumpa pun sebulan berapa kali je, memang kurang kasih sayang dari seorang ayah). If nak makan, mak terpaksa bukak tabung kami g la beli sardin (dulu RM1.20 -eh cukup2 duit yang bro simpan) dapat la kami makan satu family.

Bila dah besar nie,

Bro xmain la tabung buluh-buluh nie (Kate nak standard kan). Eh, bukan tabung ayam, tabung unta or tabung botol susu.

Tapi bro pakai tabung dari bekas “Mister Potato” yang bentuk silinder tue. Bro kan menyokong kempen kitar semula yang kerajaan ura-urakan.

Berbalik pada topik yang ingin bro timurkan (aktiviti menabung)

Gaji bro ratus-ratus je sebulan (miskin kan bro) akan datang xtau la kan

Jika sebulan bro kumpul rm250 x 12 bulan = RM3000

Amboi… RM3000/tahun.. berapa tahun la bro leh kumpul baru leh kahwin huhu

Cuba korang bayangkan sekali kahwin (kira lump sum la ek – RM20k) tue minimum ikut bajet orang zaman sekarang ek.

Mahu makan 7 tahun baru dapat 21k.

Tue baru sorang.. Kalau 4 orang cam mane la tue ek. Ish..23x Nampak gaya kena tunggu bro  gaji puluh riban la ek

Niat bro sebenarnya bukan pasal nak kahwin 4. Tapi nak kumpul duit beli DSLR, dah setahun lebih pasang niat. Tapi duit yang dikumpul dah pergi ke tempat lain.

Pe-pe pun selesaikan sorang dulu, baru ke-dua, ke-tiga & seterusnya. Mane tahu dapat team bola ke [Sila faham statement bro nie ek].

Menabung, menabung,
Amalan mulia,
Masa depan sejahtera,
Keluarga bahagia…

[Dah lupa lagu apa ini.. Ada sesiapa ingat]