March 29, 2024

Nikahnya Zina

Pasangan yang menyedari pernikahan mereka dilakukan secara koboi atau nikah sindiket oleh jurunikah tanpa tauliah, perlu menerima hakikat bahawa hubungan kelamin dilakukan mereka adalah zina berikutan ijab kabul itu tidak sah.

Source HM– Tabloid buat gempak, pelaris jualan.

Bro baru terperasan mengenai isu kahwin koboi di kalalangan warga IPT, semata2 tidak mahu hubungan mereka diketahui umum & ingin memenuhi kehendak naluri mereka secara halal.

Bro tidak sekali, terperasan mengenai isu ini, selain isu kahwin kat Siam je.

Besa la, bro bukan bergaul sangat dengan budak-budak IPT, kecuali di blog n facebook (Tak kan nak bukak aib kat situ kot)

Tapi bagi bro la kan,

Sesuatu pernikahan itu akan jadi tidak sah sekiranya 1 dari 5 syarat sah nikah tidak difulfillkan.

Dan syarat yang ditekan dalam kes ini, adalah isu wali. Kerna kebanyakan kes dinyatakan dalam Tabloid buat gempak, pelaris jualan, kebanyakan daripada mereka bernikah di dalam dorm mahupun hostel bertemankan rakan sekuliah selaku kadi, wali & juga saksi.

Pelik gak tue,

Xkan xmintak izin dari ibubapa kot?

Perlu ingat, selepas akad selesai, secara automatik akaun dosa si isteri akan berpindah ke si suami berkuat kuasa lepas akad dilafazkan.

Berbaloi ke bernikah, jika nikah tidak sah. Hubungan kelamin tetap berlaku. Dah la apa yang kamu lakukan berdosa ditambahkan lagi dengan dosa yang dilakukan si “isteri” kamu dengan berzina bersama mu.

Alang2 baik kahwin, tak nikah-nikah. Dosa lebih kurang je. Anak yang dihasilkan tetap jugak haram.

Fahaman mana la dorang pakai. Tapi bro rasa leh agak dari mana pelajar IPT ini datang. Ini cuma hypothesis bro je (ayat xleh blah, tau la tengah nak siapkan thesis)

Di sini bro ingin kongsikan beberapa fakta mengenai wali (selain wali hakim);

Susunan wali :

  1. Bapa
  2. Datuk lelaki dari pihak bapa perempuan
  3. Adik-beradik lelaki seibu dan sebapa
  4. Anak saudara lelaki dari adik-beradik seibu sebapa hingga ke bawah
  5. Adik-beradik lelaki sebapa
  6. Anak saudara lelaki dari adik-beradik lelaki sebapa hingga ke bawah
  7. Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas
  8. Bapa saudara dari sebelah bapa
  9. Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah
  10. Anak lelaki dari bapa saudara yang dari pihak bapa (sepupu)
  11. Raja (pemerintah)

Dan wali hakim pula, orang yang mendapat tauliah daripada sultan atau raja dan beliau hanya boleh menjadi wali hakim di kawasan atau negeri beliau dilantik.

Bagi anak luar nikah (termasuk anak tidak sah taraf iaitu lahir kurang enam bulan daripada akad nikah ibu bapanya), perlu diwalikan wali haki.

Buat mereka di luar sana, sila pastikan status anda atau pasangan anda sama ada anak luar nikah @ anak tidak sah taraf atau tidak. Untuk memastikan tiada sebarang permasalah timbul jika perkahwinan nnt tertiba di walikan oleh oarng yang tidak diiktiraf sebagai bapa kandung (untuk menjadi wali).

Dan perlu ingat, anak luar nikah @ anak tidak sah taraf tidak sah untuk mengimamkan jemaah kecuali ahli keluarganya.

So jangan push2 or paksa member jadi imam sekiranya anda tidak tahu latar belakangnya. Harap maklum.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

37 thoughts on “Nikahnya Zina

  1. bukankah haram nikah itu tanpa wali..kalo guna wali hakim pun perlu ada syarat2 yg d tetapkan…
    paling utama wali yg sebenar iyu sendiri meindahkan taraf walinya pada hakim *dalam kes nikah x drestui la*

    -kalo di awal penikahkan pun sudah tdak mengikut hukum yg betul, macam mana nk pertahankannya untuk selama2nya?-

    1. mungkin juga…

      xtau mazhab mana yang diguna pakai..

      lagi satu cam mana nak mendapat keberkatan jika ibubapa diketepikan

  2. Bondo ni ade masuk paper ari tu..ingat sonang bonar nak nikah ko bebudok nih agaknyo..trus den terpikir,agaknyo pas ‘nikah’ tu,demo honeymoon kat bilik sebolah kot..

    1. yup mmg masuk paper hari tue, cuma bro terlepas pandang dek bz dgn koje huhu

      alang2 dah nampk, xsalah bro kongsikan 7 ditambah dengan sedikit info yang mungkin mampu membuka mata sesetengah pihak.

      mu buat bro terfikir gak.. ok la tue honeymoonkat bilik sebelah.. kalau honeymoon reramai kat tempat dorg nikah tue, lagi haru namanya huhu

    1. Pagi nie dengar update terbaru.

      Najib ingin meminta Jabatan agama mengkaji 7 pasangan yang berkahwin secara nikah koboi di IPTA

      sumber : Radio Kerajaan

  3. bagus bro entry ni…bukan deme tu tak tau, saja buat-buat tak tau pasal nafsu dan kalahkan rasional…sudahnya nanti emosional…dan nyusahkan nasional…hehehe

    1. amboi komen die.. boleh berdiri dah nie atas pentas politik.

      besa lam jika terlalu mengikut kehendak personal, pasti mencari optional yang diberikan oleh kadi n wali ala professional yang kepala otak dah cam turnal

      he..23x pe aku merapu nie jaz…

  4. Meraka ni bukan x pandai..pandai2 belaka…tapi nafsu dah bersarang dalam kepala…terus jadi x pandai….

    boleh belajar utk amik exam…tapi x bleh belajar sebelum menikah….

  5. Meraka ni bukan x pandai..pandai2 belaka…tapi nafsu dah bersarang dalam kepala…terus jadi x pandai….

    boleh belajar utk amik exam…tapi x bleh belajar hukum sebelum menikah….

    1. sebab dorg pandai la jd lagu tue hhuhu

      tue yang dorg leh wat hypothesis, synopsis & sifilis.. ops ada kaitan kah

    2. ha betul la tu…banyak sangat pikir sampai x de ruang nk pikir pasal agama…jauhkanlah dari kita semua agar x terjerumus kesumur dosa….

    3. errr…lapan tahun lepas..sudahh
      Alhamdulillah cukup syarat…
      kalau x mahu kena hamuk satu family woooo…silap2 satu kampong….

  6. Astaghfirullahal’azeem….

    Sedangkan Muslim sendiri tak respek kesucian Islam…that’s why makin banyak bala yg turun…

  7. sekarang nieh mcm2… kadang2 sampai kita x terfikir..
    erm… tapi kalau lelaki kan, x boleh bertindik..
    Sebab nanti x sah bila jadi wali…

    1. he..23x kne tahu gak apa tujuan bertindik itu

      if xsalah bro la kan.. xpasti belah kanan or kiri.. tp 2-2 itu membawa maksud begini (xpasti kanan kiri tau)

      – Anak luar nikah (mmg confirm xleh jd wali)
      – Gay (gila apa nk jadi wali)

      so perlu guna wali hakim

    1. bukan sekolah la schult

      score lah ade la huhuhu

      budak2 IPTA tue.. sumber dari Radio kerajaan

    1. Itu bagi yang benar2 nak wat zuriat & keturunan..

      jika nk wat maksiat & penguguran cam mne pulak kan huhu

      p/s- cantik pulak ayg komen ku ini… mybe akan ada entry susulan

  8. SCORELAH for ipta! macam foot je buat perangai tak bermoral. bukankah dah ambil pengajian islam dulu-dulu? tulah maksud kahwin kambing. bukan koboi :P

    1. amik pengajian islam semata2 nak dapat A je..

      tapi ramai gak yg amik just cukup2 makan je subject Agama Islamnya

Leave a Reply to qaseh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *