You are here
Home > Uncategorized > Lelaki Pilihan

17,446,590 total views, 5,801 views today

Lelaki Pilihan

Assalamualaikum wbt

Dah lame bro xde wat entry berat2 kat blog nie untuk dikongsikan bersama pembaca setia blog bro.

Lately, bro mendengar cerita putus tunang la, break la or yang seangkatan dengannya. Tidak kira dari mulut ke mulut, facebook mahupun blog (maju2 sudah sekarang nie)

Tetapi kebanyakan alasan yang diberikan berpunca dari lelaki (xde ke yang berpunca dari perempuan-maybe bro dpt cite dari perempuan kan)

Ops no gender wars here. Bro xnak memihak pada sesiapa ek.

Bro harapkan entry kali ini, boleh menolong wanita2 di luar sana untuk tidak menutup hati mereka untuk lelaki.

Bagi mereka yang single, or baru di singlekan (dijandakan bro rase diri bro xlayak untuk mengkaunselingkan anda) Rasanya entry ini boleh membantu anda untuk memilih yang terbaik untuk diri anda.

Mungkin ianya juga untuk lelaki di luar sana membetulkan nawaitu @ niat asal sebagai khalifah di muka bumi ini (kate nk jadi pemimpin keluarga kan)

Bukan semua lelaki sama even nafsu mereka menuju pada yang satu dan akal pun menuju pada yang satu (dengan erti kata lain- panjang akal)

Type nawaitu lelaki yang perlu anda tahu:-

Seks @ nafsu semata

Dari awal mereka hanya terpikat pada bentuk luaran anda (bukan pada muka atau tingkahlaku tetapi pada aset anda) dari awal perkenalan dimulakan dengan sentuhan, (bermula dari tangan…) Mula membicara sesuatu yang agak sensitif  @ personal (tiada kaitan dengan masalah peribadi mahupun masalah keluarga-pepaham je la kan)

Mencari kesempatan untuk berdua-duan dengan kamu di mana2. Rajin membelai dirimu untuk membuat anda hanyut dalam fantasi anda sendiri. Dan akhirnya terserah segalanya

Lelaki sebegini mempunyai kebarangkalian untuk tidak berniat untuk berkahwin dalam masa terdekat atau pun tidak terlintas nak kahwin dengan anda (kejamnya statement ini). Jika anda memilih mereka, insya’lah mereka akan menjadi pasangan kelamin terbaik untuk anda-itupun jika anda mampu melayan (ayat 18sx gitew)

Tempat bermanja

Kebanyakan lelaki yang mencari wanita untuk bermanje2 terdiri dari mereka yang agak serius & mementingkan ego sendiri. Mereka hanya menunjukkan kemanjaan mereka pada yang sudi manjakan mereka.

Dalam perhubungan, maybe si wanita akan termakan hati atau terase dengan tingkah laku beliau semasa di tempat awam atau pun di waktu yang tidak sesuai. Tetapi sesama bersama di tempat yang sesuai mereka akan merendahkan ego mereka dan berkelakuan seperti keanak-anakan.

Lelaki sebegini agak merimaskan, tetapi mereka jenis yang agak setia selagi masih dapat dimanjakan. Jika hubungan itu berpanjangan, kebarangkalian berniat untuk berkahwin ada. Dan mereka adalah antara insan yang amat caring jika berada di sisi mereka tanpa anda ketahui

Main-main

Kebanyakan lelaki seperti ini, belum tentunya single or tidak berkahwin. Mereka hanya ingin mencari hiburan di luar untuk mengisi kekosongan dalam diri mereka.

Mereka tidak serius bila berkata2 dan sentiasa menyakinkan pasangan  yang mereka betul2 serius dengan hubungan yang dijalinkan sedangkan call or sms pun susah @ kekadang

Tapi tidak semuanya sebegitu, ada juga yang tidak mahu memikirkannya kerna tertekan dengan masalah keluarga mahupun kerjaya.

Lelaki sebegini tidak semuanya teruk, jika pandai membimbing mereka untuk masa depan insya’lah mereka boleh menjadi pasangan yang setia menemani dirimu. Maybe mereka akan mudah berubah hati jika keksosongan di dalam diri mereka tidak di isi.

Kurangkan Tekanan

Lelaki seperti ini, mencari pasangan semata2 untuk mengurangkan tekanan yang mereka hadapi. Mereka banyak membuka bicara atau berkongsi masalah dengan anda.

Tetapi awas, kekadang mereka juga akan melepaskan kemarahan pada diri anda (walaupun ianya bukan salah anda) Xperlu risau, jika pandai menyejukkan mereka insya’lah mereka akan meminta maaf.

Kebanyakan masa anda berdua dipenuhi dgn keluahan dan luahan hati & perasaan.

Jika anda ingin mengahwini mereka, pastikan anda bukan antara insan yang merunsingkan atau mendatangkan masalah kepada mereka. Pasti anda akan menjadi yang terbaik buat mereka (sejuk rumah tangga)

Menunjuk-nunjuk

Lelaki seperti ini, hanya berminat untuk menunjuk2 dan mudah berbangga diri. Mereka hanya terpikat dengan anda mungkin kerna di cabar atau pun ingin menunjuk2 bahawa mereka mampu memiliki diri anda.

Mereka akan cuba mengubah diri anda menjadi seperti mana yang mereka hendak. Kalau boleh mereka kehendaki diri anda lebih menyerlah dari rakan2 mereka yang lain.

Yang ini, no komen (tgh xde ayat nk oleh di sini) Pe2 pun mesti menunjuk2 la nnt. Tang nak kahwin la, tayang bini la or tang tunjuk kehebatan si isterinya.

rasa itu sahaja untuk kali ini. Kalau ikutkan masih ade banyak lagi. Tapi… nenanti la ek

Tetapi bagi bro pulak

Bro kekadang tergolong dalam golongan Nafsu semata-mata terutama nafsu makan, nafsu seks tue tipu la kalau xde..

Bro jugak suka bermanja2… bro seorang yang kurang kasih sayang…  serius je memanjang… ramai yang cakap bro xromantik.. sekali bro romantik mahu merenggek2 mintak kat boifren dorg suruh wat cam tue.

Bro pun kekadang suka main2…sebab teu dulu bro orang panggil Playboy (dulu tau he..23x bukan sekarang)

Kurangkan tekanan pun ade, coz bro nie suke bercerita & suka marah2 even bukan salah orang itew (so baik lepaskan pada seorang je)

Menunjuk2…??? semestinya.. si die bro pandai memasak…

*********************************

Maaf hari ini, lambat publish entry… Bro ada banyak kerja yang perlu diselesaikan

Ebook Panduan Cinta Untuk Lelaki

Tuhan pasti menemukan kita dengan pilihan yang salah sebelum menemukan kita dengan ketentuanNya. Banyakkan berdoa dan beramal, InsyaAllah dipermudahkan olehNya.

Dalam bertawaqal perlu juga berusaha. Jangan terlalu berserah 100% kepadaNya tanpa kita sendiri berusaha. Mungkin dari ebook ini dapat memberi sedikit tip yang mungkin membantu usaha anda mencari pasangan hidup.

Seperti yang pernah bro coretkan di blog bro, wanita seperti persamaan kimia. Ianya mudah berubah mengikut perubahan disekelilingnya dan mungkin juga dari tindak tanduk anda. Kata orang dulu-dulu, masakan pokok bergoyang jika tiada angin.

Setiap aspek dikupas sepenuhnya oleh penulis untuk membantu anda dari segi luaran dan dalaman anda. Diharap isi kandungan ebook ini dapat membantu anda mencari cinta sejati. Jangan anda menjadi hamba cinta dan ingatlah cinta agung hanya untukNya.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Lelaki Pilihan

  1. negative sgt la jenis2 lelaki yg dilistkan ni bro…ish…

    risau neh,,,hehe ;p

    xperlu riso2.. bro pun jenis lelaki dalam semua list di atas…tp masih gak yg terbaik… even nampak je cam negatif semuanya..tp masih terselit positif dalamnya… sila perhatikan.. mybe kite terlepas pandang sesuatu yg baik di sebaliknya

  2. Salam, bro..
    eeii.. ngeri la, mcm2 lelaki ek
    ada skrg ni..
    thanks for that info..

    he..23x tp yg bro bgtau teu sikit je.. xsemua senarai lelaki bro letak huhuuh… pe2 pun even dorg buruk..pasti ada kebaikannya

  3. ape2 pun setiapp insan dh diciptakan pasangannya masing2….oleh itu terima la sebaiknya sesiapa pun yang telah dijodohkan untuk kita…
    dapat yang baik, itu anugerah
    dapat yang romantis, itu bonus
    dapat yang setia, itu kelebihan
    dapat yang penyayang, itu kebahagiaan
    dapat yang berkejaya n berharta, itu rezeki
    dapat yang sekepala, itu yg di cari =)

    byknye dpt yang…dpt ke x nie huhuhu

  4. erm…..
    lelaki2 ada bnyk kategori lg sbnrnye ni.. ye x,bro?
    lelaki kn ade berbagai2 rupa dn bentuk :p

    yup masih ade bnyk lag kategori lelaki… klu buh kat sinie… confirm panjang lebo…

Leave a Reply

Top