Maaf entry kali ini, agak berkabung sikit

Benda ini dah hampir sebulan, tetapi bro nk juga bagitahu kepada rakan2 sekalian

Terutama kepada mereka yang membesar bertemankan Shin Chan sebagai penghibur hati. Mungkin anda semua sudah melupai cerita ini yang masih bermain di NTV7 setiap Sabtu.

Usui Yoshito (Pencipta & Pelukis Crayon Shin Chan @ Dik Cerdas -Versi manga Malaysia) Telah ditemui mati setelah beberapa hari hilang setelah keluar mendaki gunung (aktiviti beliau)

Anyway, bandar Kasukabe tetap akan bro kenang dan insya’lah bro akan lawat (dah masuk dalam list if bro pergi Jepun) Ini kerana cerita Shin Chan berjaya memperkenalkan bandar itu kepada dunia.

Antara Dialog Shin Chan berkaitan bandar Kasukabe “Pasukan Penyiasat Kasukabe” yang merupakan pasukan penyiasat kanak-kanak yang melawakkan tetapi berjaya menyelesaikan semua kes2.