Tanpa Kunci Ke2... Terpaksa pakai dawai gamaknya
Tanpa Kunci Ke2... Terpaksa pakai dawai gamaknya

Assalamualaikum wbt & salam ramadhan

Bro sekadar nak berkongsi pengalaman mengenai peristiwa yang berlaku pada bro semalam.

Rasanya u’ll dah leh agak apa yang ingin bro kongsikan di sini. Ianya merupakan pengalaman pertama bro tertinggal kunci dalam kereta (careless betul la, even bro nie seorang yang agak berhati-hati orangnya)

Yang syadunya, kunci tersebut tertingal di seat belakang. Eh cam mana leh tertinggal dekat seat belakang?

Semuanya gara-gara bro dalam mood yang agak kurang baik (datang bulan kot he..23x) Tau nak marah-marah je. Penat berkerja kot & termasuk tekanan di tempat koje.

Time tue dalam pukul 6 petang, di sebuah pasaraya (dekat tempat bro)bro pergi bersama dengan si dia bro. Bro sedar tertinggal kunci semasa baru selesai bershoping.

Waduh, waktu berbuka dah nak dekat, juadah berbuka semua ada dalam kereta. So call makbapak kot2 ada nampak kunci pendua (besa la, time xnk jumpe memanjang..time nak, selongkar rumah pun xjumpe2)

So bro amik keputusan balik ke rumah dulu, untuk berbuka then baru datang balik. Selamat si dia bro datang naik kereta dia (Eh.. G keluar naik kereta asing2 ke -korang jangan fikir apa2 ek, xde kne mengena dengan entry Cerai Di Pagi Raya.

So lepas berbuka baru dalam kul 8 malam, baru pergi memecah masuk kereta he..23x tang nie malas nak stories lelebih. Ramai gak yang membantu (tang nie yang ingin bro ceritakan..

Gelagat manusia yang bro jumpa
– Jenis menyelowkan kereta nak tengok pe yang bro wat
– Ada yang tolong membantu
– Ada tukang tengok
– Ada yang pandai cakap, tapi berpeluk tubuh
– Ada yang berlagak pandai

Manusia eh manusia… erm alahai…anyway thank to abg botak (xsempat nak tanya sape nama) gaya cam expert je… xsampai seminit dah terbukak pintu kereta (berpengalaman gitew, hope dia bukan kaki pecah kereta ek)

Nie salah satu rapu rapan yang bro jumpa di internet untuk u’ll

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya.
Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”

“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh… sampai gunakan
penyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau,
kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”

“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun… sunroof terbuka!!!”

He..23x korang ada faham x?? Ke korang nie jenis slow