April 25, 2024

Musim Mengawan

Mengawan @ tertawan..??
Mengawan @ tertawan..??
Credit to Barri from fotomedia.com

Assalamualaikum wbt & salam perpaduan

Entry pertama yang agak berat untuk bro kongsikan dengan anda semua di teratak baru bro. Di blog lama bro (BeliBuy) sentiasa bro berkongsi isu yang membuka mata dan fikiran mengenai peristiwa atau cacatan hitam di satu sudut yang mungkin anda sendiri tidak mengetahui atau terlepas pandang.

Sebelum bro merapu rapan dengan lebih jauh, ada baiknya bro selitkan mukadimah untuk mengurangkan tekanan dan memudahkan anda menerima isu yang ingin bro perkatakan.

Kisah yang berlaku di dalam kelas, Dimana lecture dari India yang baru pertama kali mengajar di Malaysia
Lecture : Sekarang Malaysia musim apa..??
Student: Musim mengawan, sir

He.23x student cam nie pun ade.. Tapi memang situasi ini pernah berlaku.

Kembali semula pada topik asal. artikle ini bro copy bulat dari blog Khunshikang. Sekadar untuk dikongsikan dan bukan untuk mengaibkan sesiapa.

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku.

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day).

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.

Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cinta

BAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti.

Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.

Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.

“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih.

“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.

Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.

Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.

“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran.

“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan… sudah macam suami isteri,” katanya.

Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.

“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.

Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal.

Terlalu banyak perkara yang disentuh. Cukup sekadar renungan bersama,
– Pujukan kekasih
– Me”release” tekanan peperiksaan
– Termakan budi “si bapak gula”

p/s- syaitan memang terikat di bulan ramadhan. Tetapi jika hati dan jiwa sejak azali dah dikuasai syaitan, maka memang susah untuk mereka menghormati bulan suci ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Musim Mengawan

  1. bulan ramadhan memang syaitan di ikat..tp nafsu diri tidak di ikat….sbb tu kejahatan masih berleluasa….

    cam mane nk ikat nafsu ek… tolong ikatkan leh x he…23x

  2. cian anak tak berdosa…

    yup kasihan…. tapi yang mana satu anak yg tak berdosa tue ek… xde cerita pun pasal kes buang anak.. ke anak yg terlanjur tue ek

  3. kes xpat kawal nafsu.
    tu y jd gni.
    haih

    rasanya bukan kes xdpt kawal nafsu….tp dikuasai oleh nafsu he…23x perkara begini dah kerap berlaku…hope dijauhkan dari una kan… una kan adek bro

  4. uhuu…ihgtkn musim mengawan musen kenduri kawen..sbb ibu N sll ckp cmtu..ni rpenyerr mngawan kawen x nikah ekk..

    yang ibu N cakap pun betul gak tue… musim mengawan tue musim kenduri kahwin la… tp kes skrg nei..kes mengawan ikut time tertentu… after big event ke..cuti sem ke… semuanya bergantung….

    p/s- ade kes gak mengawan time musim2 hujan..kate dorg tgh sejuk he..23x

  5. yang ni agree: syaitan memang terikat di bulan ramadhan. Tetapi jika hati dan jiwa sejak azali dah dikuasai syaitan, maka memang susah untuk mereka menghormati bulan suci ini.

    cam mne la nk cucikan hati yg sejak azali dah dikuasai setan… even setan terikat..dorg pulak yg bermaharajarela menyetankan diri huhuhu

    cam mne la nk wat dorg semua menghormati bulan ramadhan

  6. Bulan posa pon ada orang mengawan ke bro..aduayii..tak tahulah apa nak jd ngan dunia akhir zaman ni kan bro. ingatkan haiwan je mengawan..manusia pon ada ek..sedih2.mne la tahu kan…

    ade je yg mengawan bulan2 pose nie…siang2 pun ade..xsempat2 nk tgu waktu berbuka he…23x

    haiwan mengawan sebab fitrah mereka perlu menambah banyakan keturunan dorg yg selalu menjadi mangsa manusia he..23x

  7. hohu~

    terima kasih bro!
    menambah ilmu di dada.

    dah x mstahil da dlm dunia ni

    sama2 yaya…. just kongsi cerita je….

    mmg xmustahil dah pun… sebab tue bro rase elok dikongsikan fakta ini…

  8. iman semakin nipis & terhakis
    tiada usaha kearah peningkatan
    kerana setiap hari kita dihidangkan & ditunjukkan JALAN ke arah kemaksiatan….

    adakah iman dijadikan kekuatan mengawal nafsu n peikiran?? masih adakah keinginan mengelak dari menjejaki kemaksiatan… semuanya perlu ditanya pada hati yang kerap kali dicemari racun duniawi..

  9. byk sgt t’dedah pd bnda2 x sepatutnya…mudah t’pengaruh…suka nak m’cuba n last2 tu la hasilnya..nauzubillahi min zalik..

    remaja zaman skrg kan mmg suka mencuba…. cam wat experimen la… dah tau baru leh wat kesimpulan sendiri atau menerima seadanya keputusan di akhir kajian he..23x

  10. bro..knapa copy dr entry org len..np bro x tulis dgn tulisan bro sendiri..dari kacamata bro…hik3…a[e[un kita suka baca(walaupun kita baca lompat2)

    yang bro copy semuanya artikel la… klu bro wat dari kaca maat bro mahu lagi panjang siap merapu rapan lagi tue….

    confirm melompat2 angah membacanya (cam la bro xkenal angah kan)

  11. besamala kita bedoa hya utk yg tbaik inshaallah amin.

    harapnya kita dijauhkan… so cuti semester kamu balik jgn gatai2 nk dok kat kolej..nnt len jadinye he…23x

  12. salam.. errk.. musim yang membahayakan bagi yang tidak sah.. hohoho..

    p/s: hidung bro camne skang? dah beransur baik?

    he…23x bukan musim membahayakan pada yg xsah la..klu bahaya sure jais je jawi ke maik ke turun serang he…23x

    hidung dah ok dah sekrg….bengkak dah surut..tp seksa la… hari2 kne bersihkan lubang hidung n buh ubat… paling teruk time kencing terbau la bau2 ubat yg bro makan… mmg die cuci terus n buang ikut air kecik…

  13. tajuk..lucah..hik2…tapi sesuai dengan content..
    yup2..setuju..sebab ade kawan peanut cam gitu..
    sanggup tak alik time cuti..mak ayah pun heran..asal anak ye nki rajin sangat study..
    tapi..tengok2..
    ngah bersuka ria dia dok atas katil..
    huk2x..

    mne de lucah tajuknye..besa2 je la peanut huhuhuu he..23x (sambil wat muke xbersalah he..23x)

    ok la teu bersuka ria di atas katil..ade yg lagi teruk dalam semak gitew…. yg lagi xselesa klu dlm kereta he…23x cam mne tue… tp kes cam nie mmg byk la peanut..ade stories..? share2 la dgn bro

  14. Setuju2.. ramai pelajar IPT sekarang mengawan.. mule 2 ngorat then mengawan.. sgt pandai

    he…23x mmg ramai yg cam tue…ade gak yg mengorat sebab nk mengawan..habis study blah cam tue je..ade gak yg mengawan bertukar2 pasangan..

    anyway thank coz sudi jejak n meninggalkan komen di blog bro..ade mase linkan blog bro..leh layan rapu rapan

  15. smoga djauhkan..nauzubillah…

    huhu….dunia akhir zaman..

    harap gitew la kan… mintak dijauhkan dari kita semua..terutama teman2 brio kan…..

  16. bab mcam ni kan bro, susah utk kita cakap dengan masyarakat kat luar, if kita nampak, nak diam pun terasa bersalah. bagitau pun, orang kata “lantak la hal anak orang, bukan anak aku.” nauzubillah…

    apa yang boleh fik harap, semoga cepat2 la diorang ni kembali ke pangkal jalan.

    jgn sampai terkena kat anak sendiri sudah

  17. haah sha penah baca artikel sepeti ini kat MAjalah wanita..memg selalu kes nie belaku bila lepas sesuatu perayaan or cuti sem.. ermm.. sha harap sha dijauhi dari perbuatan tue..

    bro pun harapkan sha xterlibat dan dijauhi dari perbuatan nie ek… cuti perayaan balik rumah terus… pastikan jgn benarkan setan2 mengambil kesempatan ek…

  18. yalah, betul..
    mintak doa moga dijauhkan perkara macam ni

    okbro doakan lala dijauhkan dari bnde2 cam nie ek…. lagi2 la lala yang jauh diperantauan kan….

  19. bdk2 muda skg..
    mcm2 btol mslh..
    haih..(ckp mcm kite x mude..hehehe)

    pinat mmg muda lagik..bro je yg tua gitew… dh byk penyakit dtg mai dah… he…23x

    mcm2 masalah kan….

Leave a Reply to cikepal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *