Dulu lain. sekarang lain, Dulu bujang, sekarang dah.... he..23x

Assalamualaikum wbt & salam perpaduan

“Entry ini di repost semua atas sebab entry sebelum ini tidak dapat diselamatkan semasa downtime server semalam”

Bila ditanyakan tentang calling2

Dulu, setakat nak bergayut 247 seminggu pun boleh… pakai public katakan. Ada duit, masuk je then bergayut. Belum lagi curi line (jangan tiru perangai ini). Lagipun dulu banyak masa free, pagi petang, siang malam leh calling2

Sekarang…. Bukan tak nak sembang lelama dalam tepon. Panas telinga. Nak pakai hand free pun dok beli hilang je. selamat xbeli yang bluetooth punya (sure hilang). Lagipun banyak masa dihabiskan untuk kerja dan bukan untuk bergayut. Bukan kamu sorang je. Orang lain pun begitu.

Bila ditanyakan tentang sms

Dulu, setakat nak sms pagi petang siang malam, sampai habis kredit pun xpe. Sebab hari2 yang berlalu agak membosankan. Nak bersembang jauh sekali. Harapkan sms penganti diri.

Sekarang… Bukan xnak sms. kne gak tengok time. kamu sms time koje, time makan n time nak rehat. Kekadang, terasa malas nk tengok sms n nk delete satu2 sms dalam inbox. Bukan kamu sorang je. Orang lain pun begitu. Bro mintak maaf kat Fik Blogger coz sms mu bisa bro xreply.

Bila ditanyakan tentang berbual

Dulu, berbual dengan mu agak seronok. Banyak benda di persembangkan. Semua topik boleh disentuh, bisnes la,skandal la n macam2 ada. Mungkin dulu, aku seorang yang suka bersembang

Sekarang… Bukan takat sembang, dengar ngomelan kamu pun sudah bikin aku merana, runsing tidak keruan. Mahu rasanya nak sumbat mulut mu dari berkata2 dengan ku. Bukan kamu sorang je. Orang lain pun begitu. Bro mintak maaf kat ofismate bro, leman coz tidak melayan die bersembang, mesti ko terasa cam bercakap sorang2 kan.

Bila ditanyakan tentang usikan

Dulu, takat nak mengusik aku tidak kisah. Aku rasa diri mu mesti nak dimanjai

Sekarang…. Bukan xnak diriku di usik. Kekadang rasa runsing, emosi tidak stabil, cam aku pulak yang period. Maybe sebab fikiran ku berserabut serta tekanan darah aku yang tidak stabil membuat aku sebegini. Bukan kamu sorang je. Orang lain pun begitu. Bro nak mintak maaf dengan rakan seoffice yang terasa dengan bro.

Bila ditanyakan tentang

Dulu, nak cerita tentang mimpi pun boleh, aku tahu kau sedang berlajar berimaginasi, aku tahu kamu nak jadi ultraman

Sekarang.. bukan aku tak nak dengar cerita mimpi mu, cuma aku tidak merasai mimpi sebegitu. Asalkan aku letak kepala atas bantal, sedar2 dah subuh. Bukan kamu sorang je. Orang lain pun begitu.

Bila ditanyakan tentang berjalan berdua

Dulu, memang la suka berjalan berdua, dok pegang tangan ke apa.

Sekarang.. rimas tue memang la rimas, dah la badan ku makin bertambah besar. Nak pulak jalan berpegang tangan. Rimas, rimas aku rimas Na Na Na (wat lagu fabulous cat) . Bukan xnak seberang sama2, cuma riso xsampai ke seberang if melintas sesama. So baik melintas dulu. Bukan kamu sorang je. Orang lain pun begitu (safety first)

Tertibe teringat satu lagu,
Bunga, bunga melati kembang sekuntum di taman seri
Harum baunya menarik hati, hiasan sanggul nampak berseri

p/s- miss u my little angel