framestone memancing

Assalamualaikum wbt & salam 1 Malaysia

Time2 nk berbuka ini, bro mengambil kesempatan mengupdate bro buat julung kalinya hari ini (siang tadi xde idea nak story pasal ape2)

Cuma td tergerak hati untuk membace entry di blog Cik Na mengenai ikan yang beliau pancingkan. Walaupun ikan yang bropancing bukan sebesar ikan yang beliau pancing. Lagipun beliau menyatakan laut ada dibelakang rumah beliau (entah2 pasar). Bro hanya mampu memancing di lombong je.

Aktiviti ini dijalankan pada minggu lepas (dah seminggu baru bro terupdate he..23x sorry) bersama “si dia bro” saje je nk release tension coz si dia bro baru nk lepaskan diri dari kesibukan ibu kota dengan berlarik2 ke tempat bro (bro dah dok Perak).

Walaupun aktiviti pada mulanya agak memanaskan (kerna waktu masih pukul 4ptg) dan hati pun panas (dok kerje memasang mata kail & umpan je) sedangkan bro tidak berkesempatan membaling mata kail bro untuk 30minit di awal masa pertama (cam men bola pulak)

Kepanasan makin terasa bila si dia bro berjaya menaikan satu persatu ikan (pakai ilmu ke) dan bro juga terpaksa tanggalkan mata kail pada mulut si ikan. Keadaan semakin membara di mana bro terlepas 3 ekor ikan yang besar2 (ikan kecik xpayah kira la) sedangkan ikan tersebut selamat mendarat ke darat (kuat tul nyawa si ikan nie)

At the end bro jugak yang paling sikit dapat ikan (mungkin bukan rezeki kot) Cuma time nk balik sedangakn si dia dah berada dekat kereta, bro masih lagi menahan pancing untuk mendapatkan ikan terakhir buat hari ini.

Pernantian bro berhasil, mata kail bro melekat pada ikan yang agak besar. Dengan sepantas kilatnya bro menarik ikan tersebut kedarat & terus berlarik2 anak ke kereta (xsabar nk menunjuk2 dengan si dia, siap xtanggalkan mata kail lagi tue)

Ok la, bro nk berbuka nie. Selamat berbuka dan bertarawikh pada semua rakan2 blogger